CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 19, 2008

CSC 1012

Bila anda membuat satu transaksi, banyak syarikat menggunakan komputer dan sistem maklumat untuk mengumpulkan data tentang anda seperti nama anda, alamat, nombor telefon, hobi dan rekod pinjaman dan kewangan tanpa persetujuan dan tanpa memberi anda peluang untuk mengenalpasti maklumat tersebut. Apakah potensi masalah yang anda lihat dalam kes di atas? Terangkan jawapan anda.


Soalan
1. Keluarkan permasalahan kes tersebut dan terangkan kesan-kesan.
2. Jalan penyelesaian kes tersebut.

Jawapan
1. Masalah yang terdapat dalam situasi di atas adalah masalah penjualan data yang berupa maklumat peribadi secara haram/tanpa kebenaran.

Kesan-kesan:
a) Data kita akan dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab daripada bperkara yang baik kepada yang buruk.
b) Dokumen seperti pasport dan kad pengenalan seseorang boleh dipalsukan.
c) Boleh menimbulkan penyesalan berpanjangan terhadap pihak yang tersalah anggapan dalam berkontrak.


2. Penyelesaian:
a) Perlembagaan hendaklah mewujudkan satu akta khusus yang boleh melindungi setiap data yang diberikan kepada agensi yang berkenaan.
b) Undang-undang yang telah digubal hendaklah dikuatkuasakan serta-merta secara telus dan saksama tanpa mengira status seseorang.
c) Memastikan syarikat yang ingin mengambil data kita itu adalah syarikat yang berdaftar.
d) Meneliti setiap terma dan starat yang ditetapkan oleh pihak syarikat bagi mengelak terjadinya penipuan dan penindasan di kemudian hari.
e)Kerajaan hendaklah mengadakan kempen bagi mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dalam melakukan sebarang transaksi.

0 comments: